Assalam semua :) Okay hari ni update pasal SPM . Well you know , SPM 2013 punya result dah keluar kan 20 Mac tu . Alhamdulillah , aku lulus juga walau berbekalkan 1A 1A- dan baki 7 subjek lain itu aku rahsiakan . Memang lepas kita ambil result tu terkejut badak kan tengok result sendiri , berkat usaha itulah yang kita dapat . Tahniah aku ucapkan buat yang Straight As ! Korang memang daebak :D
Bukan apa , rasa sedih yang melanda diri tu yang payah nak kawal tu . Tekanan , kemurungan , sakit , semua tu boleh terjadi kalau result tak seelok yang diharapkan . Jujur , aku pun turut dukacita secara mentalnya kerana apa yg aku nak , aku tak dapat capai -- Yang paling bengang semesta alam adalah , alkisah budak-budak yang meniru/dapat soalan bocor result dorang lagi gempak . Aku bukan nak kata apa , tak payah lah nak bangga dengan hasil tiru kaurang tu . Tak bawa kemana pun :) Apapun , itu rezeki korang lah , dan Tahniah juga lah sebab orang lain usaha sendiri , kaurang senang je meniru .
-- Apa yang kita dapat ni rezeki kita , tak perlu nak salahkan sesiapa sama ada kawan , ibu bapa & keluarga apatah lagi Tuhan . Mungkin timbul rasa di hati yang bersuara "Kalaulah aku rajin" "Menyesal aku tak double up effort" . Dah lah , semua dah berlalu , jangan menyesal tapi perbaiki lah diri misal kata berjaya melangkah ke menara gading . Kalau result tak selaras dengan cita-cita kita , maka ubahlah cita-cita itu dan apply UPU yang bersesuaian dengan apa yg kita ada . Belum cuba belum tahu :) InshaAllah ada rezeki .
--Aku tahu perasaan kaurang kalau tengok TV , contohnya Buletin Utama , nampak budak2 straight As memang sedih . Lebih2 lagi kalau kakak atau mak atau ayah atau adik atau abang segala bagai atau bersuara masa tu juga "Haaa , tengok tu , hebatlah dia boleh straight A..." Mulalah membuak rasa sedih nak menangis meraung raung tu tapi dalam hati ja lah kan . Aku nasihatkan bagi yang merasakan tekanan macam aku ni , pergi bilik mandi , haa mandilah walau pun baru ja mandi atau berkubanglah di bawah shower , tapi ingat ! Menangislah tanpa suara , supaya orang tak perasan kau tengah menghadap dinding bilik mandi sambil dihujani air padahal kau tengah menangis masa tu . Confirm lega . -- Tapi kena ingat , kita ni makhluk Allah , jadi berdoalah padaNya supaya hati ini tenang walaupun aura Depressed tu masih ada .
--Umur pun dah 18 , dah boleh berfikiran matang tapi YOUR AGE DOESNT DEFINE YOUR MATURITY , okay . Jangan buat perkara bodoh sebab result tak seberapa nak bagus . We deserve what we deserve .Oleh itu , jangan putus asa ya . Allah tak suka orang yg berputus asa kerana kejayaan itu datang dalam pelbagai cara . Buat lepasan SPM 2013 , boleh lah apply SPA8 okay . Bagi yang tak tahu macam mana nak apply , bolehlah tanya aku disini ataupun twitter aku ~ Okay
--Sekian w.b.t . BYE !